Tips untuk mengenalpasti punca kek tak menjadi dan cara mengatasinya

kenapa kek naik turun balik

Nana jarang buat kek. Sebab mostly kek mesti tak menjadi atau kurang menjadi. Kalau ikutkan dah ikut seratus peratus resepi yang diberikan. Masih juga kurang menjadi. Cuma baru-baru ini, Nana ada cuba buat burn cheesecake guna air fryer. Alhamdulillah menjadi. Nanti akan dikongsikan resepi burnt cheesecake nya itu.

So entry kali ini nak kongsikan punca-punca kenapa kek itu tak menjadi. Ada banyak jenis kek yang tak menjadi ni. Paling biasa jumpa, kek menjadi keras dan kek menjadi bantat. Dan ada juga kek yang jadi mendap dan leper. Kat bawah ni Nana senaraikan punca-punca kenapa kek tak menjadi.

kenapa kek naik turun balik

Punca kek menjadi keras:
1. Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan
2. Terlalu banyak letak tepung gandum
3. Cecair tak mencukupi
4. Adunan dipukul terlalu lama setelah tepung dimasukkan
5. Adunan tidak dipukul sempurna setelah telur dimasukkan
6. Adunan dibakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi

Punca kek menjadi bantat:
1. Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil (biasanya telur gred A digunakan)
2. Kanndungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
3. Tepung yang digunakan telah tamat tempoh (expired)
4. Seeloknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini dapat membantu meringankan kek
5. Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, lalu menyebabkan ia berbuih dan menyebabkan kek rosak
6. Suku ketuhar terlalu rendah

Punca kek naik tidak sekata:
1. Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
2. Suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibahar secara menyeluruh (ketuhar perlu dipanaskan dahulu – preheat)
3. Bancuhan tepung tidak sebati
4. Adunan melebihi setengah daripada ukurang Loyang pembakar
5. Loyang yang digunakan tidak sesuai dengan jenis ketuhar yang digunakan

Punca kek mendap di tengah:
1. Ukuran acuan tin tidak betul
2. Sukatan bahan tidak tepat
3. Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat
4. Pintu ketuhar dibuka terlalu awal

Punca kek terlalu lembap dan leper:
1. Terlampau banyak cecair
2. Bajan penaik tidak mencukupi atau dah tamat tempoh (expired)
3. Mentega dan gula tidak dipukul secukupnya
4. Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

Punca kek menjadi seperti roti:
1. Tepung yang digunakan tidak sesuai
2. Adunan yang dipukul tidak sebati
3. Sukatan serbuk penaik tidak tepat
4. Sukatan mentegaa / marjerin tidak tepat
5. Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai

Punca kek menjadi seperti bingka:
1. Bancuhan tidak dipukul sebati
2. Terlampau banyak cecair
3. Tepung yang digunakan terlalu sedikit
4. Suhu ketuhar tidak cukup panas

Kat atas ni antara masalah kek yang selalu terjadi terutama untuk yang baru ingin mencuba buat kek. Nak buat kek ni kene buat secara tenang, tak boleh gopoh-gopoh. Kalau buat waktu kalut dan cepat-cepat, biasanya mesti tak menjadi kek nya. Ni pengalaman Nana sendiri la. Haha. Akhirnya, cepat putus asa dan tak nak buat dah, haha.

Hopefully dengan entry ni dapat bantu kawan-kawan semua kenal pasti punca kek tak menjadi dan tak gebu. Yang penting jangan putus asa kalau tak menjadi (pesanan kat diri sendiri juga ni, hihi).

Semoga bermanfaat buat semua.

Selamat membakar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!