Tips / Petua Cerai Susu (wean off)

Hai Assalamualaikum,

Nak kongsi petua / tips untuk cerai susu badan ni (wean off). As for me, I memang dah niat dalam hati nak susukan anak sehingga 2 tahun. Alhamdulillah tercapai. Jadinya, beberapa bulan sebelum anak masuk 2 tahun tu, dah google siap-siap supaya mental dah sedia.

Boleh dikatakan ada 2 aspek yang boleh difokuskan untuk persediaan wean off ni. Iaitu persediaan mental/emosi dan juga persediaan fizikal.

Persediaan mental/emosi:

  1. Setiap hari cakap dengan anak, yang anak dah kene berhenti minum susu ibu

Macam I buat, setiap kali anak minta susu, I akan cakap, “Nina, Nina dah besar tau. Dah kene stop minum susu ibu. Lepas ni Nina kene minum susu dalam kotak/cawan ye”.

I buat macam ni supaya masuk dakat subconscious mind anak. Tak ada lah nanti bila tiba masanya nak stop, mendadak sangat. Anak pun taka da la terkejut sangat.

 2. Ulang dan ulang setiap masa, setiap kali anak minum susu, setiap hari

  1. Doa supaya anak lembut hati dan mudah untuk wean off

Persediaan fizikal (tips/petua):

  1. Ubat gigi (toothpaste)
  2. Sos cili
  3. Pati sirap rose
  4. Kopi (BERJAYA separuh jalan)
  5. Pes asam jaya (BERJAYA!)

Ni antara yang I cuba letak kat area breast. Ubat gigi, sos cili, pati sirap tu memang fail terus. Anak tak kisah langsung. Pastu I cuba letak serbuk kopi. Serbuk kopi tu bancuh dengan sedikit air, jadikan pes. Kemudian tepek di Kawasan breast tu.

Masa mula-mula buat memang menjadi. Maybe anak rasa geli atau takut. Dia tak nak hisap. Tapi masuk hari ke-22, tak tahu la macam mana anak boleh minum je sekali ngan kopi tu. Terpaksa buat cara lain.

Yang pes asam jawa tu, I pakai Adabi punya. Bila sapu, anak tak nak minum. I rasa sebab bau dia asam jawa tu. Sampai sekarang, alhamdulillah anak dah tak nak minum susu ibu. So officially anak dah Berjaya wean off. Hehe.

Mommies boleh cuba ya. I ada baca juga tips-tips yang lain. Contoh nya macam letak pes kunyit, garam dan gambir (pahit). Ada juga yang letak bawang putih dan peria.

Tahniah untuk mommies yang Berjaya habiskan perjalanan breastfeeding ini. Semoga ada rezeki yang sama untuk anak-anak seterusnya, insyaallah.

Love,

Nana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!