Sewa car seat murah dan mudah di Sabah

sewa car seat urah dan mudah di Sabah

Bagaimana nak sewa car seat murah dan mudah di Sabah? haa mudah je. Sekarang ini dah banyak perkhidmatan kereta sewa yang menyediakan sama sewa car seat. Kesedaran terhadap penggunaan car seat sekarang semakin meningkat dan meluas. Nana sendiri adalah seorang pengguna car seat sejak Nina lahir sehinggalah sekarang Nina berumur 2 tahun.

Bulan September lepas, kami ke Sabah untuk misi mendaki Gunung Kinabalu. Pada awalnya, nak bawa je car seat dari Semenanjung. Beli bagasi tambahan dari Air Asia, kemudian bawa sekali. Tapi suami kata, lebih mudah sewa di Sabah sana. Lagi satu takut tak muat kereta sebab kami sewa kereta Saga je. Dengan bagasi baju jalan-jalan lagi, bag hiking lagi. Buat nya tak muat, naya je masing-masing. haha.

Teringat hari tu ada baca di group facebook Malaysian Carseat Support Group (selingan. Join la group facebook ni. Banyak ilmu dan informasi mengenai car seat dikongsikan. Kalau ada apa-apa yang tak faham atau perlukan saranan untuk beli car seat, dorang boleh tolong juga). Ada yang kongsikan pengalaman sewa car seat di Sabah. So apa lagi, terus whatsapp orang nya. Rupa-rupanya beliau adalah owner kedai baby di bandar Kota Kinabalu. Selain jual barangan baby, kedainya juga menyediakan perkhidmatan sewa car seat.

Ini nombor owner kedai baby tersebut. Mr. Adam: 011-1269 1119. Boleh juga Google/Waze kedai beliau, Baby Wonderland KK. Kedainya terletak di tingkat 1. Jarak kedai dari airport Kota Kinabalu dalam 11km macam tu.

Sewa car seat murah dan mudah di Sabah

Masa whatsapp, owner kedai akan tanya stat anak. Berat dan tinggi anak. Ini bertujuan untuk menyediakan car seat yang sesuai dengan stat anak. Deposit RM200 diperlukan (refundable). Sewa nya adalah RM15 sehari. Deposit RM200 akan dipulangkan semula selepas kita selesai urusan sewa car seat.

Kami dapat car seat Koopers Lambada. Disebabkan kereta sewa tiada isofix, jadinya car seat dipasang menggunakan tali pinggang keledar. Staf kedai baby tersebut akan tolong pasangkan di kereta. Jadinya jangan risau jika tak reti or tak pasti nak pasang car seat tu macam mana. Staf pun friendly je. Boleh je tanya kat staf tu jika ada apa-apa soalan.

Sewa car seat murah dan mudah di Sabah
Staf tolong pasangkan car seat di kereta sewa

So, ok tak car seat tu? Bagi kami ok je. Car seat nya nampak bersih. Cuma Nina agak tak selesa. Mungkin disebabkan padding car seat Koopers agak nipis berbanding car seat Joie (baca sini) yang Nina pakai harian kut. So Nina banyak merengek dalam car seat. Tapi bila Nina ngantuk, dia tidur lena je dalam car seat tu. Haha.

Sewa car seat murah dan mudah di Sabah
Masa ni baru sampai. Lepas je selesai staf pasangkan, terus letak Nina di car seat.

Jadinya, jumlah yang kami perlu bayar adalah RM105 bersamaan dengan 7 hari sewa. Mr. Adam transfer terus deposit ke kami selepas selesai urusan pemulangan car seat. Senang dan mudah je deal. So, jika ada yang berminat untuk sewa car seat di Sabah, boleh contact Mr. Adam ni ya. Ingat, SAFETY FIRST. Buckle up your kids 😉

 

7 thoughts on “Sewa car seat murah dan mudah di Sabah

Leave a Reply to Nana Hassan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!