
Bagaimana nak sewa car seat murah dan mudah di Sabah? haa mudah je. Sekarang ini dah banyak perkhidmatan kereta sewa yang menyediakan sama sewa car seat. Kesedaran terhadap penggunaan car seat sekarang semakin meningkat dan meluas. Nana sendiri adalah seorang pengguna car seat sejak Nina lahir sehinggalah sekarang Nina berumur 2 tahun.
Bulan September lepas, kami ke Sabah untuk misi mendaki Gunung Kinabalu. Pada awalnya, nak bawa je car seat dari Semenanjung. Beli bagasi tambahan dari Air Asia, kemudian bawa sekali. Tapi suami kata, lebih mudah sewa di Sabah sana. Lagi satu takut tak muat kereta sebab kami sewa kereta Saga je. Dengan bagasi baju jalan-jalan lagi, bag hiking lagi. Buat nya tak muat, naya je masing-masing. haha.
Teringat hari tu ada baca di group facebook Malaysian Carseat Support Group (selingan. Join la group facebook ni. Banyak ilmu dan informasi mengenai car seat dikongsikan. Kalau ada apa-apa yang tak faham atau perlukan saranan untuk beli car seat, dorang boleh tolong juga). Ada yang kongsikan pengalaman sewa car seat di Sabah. So apa lagi, terus whatsapp orang nya. Rupa-rupanya beliau adalah owner kedai baby di bandar Kota Kinabalu. Selain jual barangan baby, kedainya juga menyediakan perkhidmatan sewa car seat.
Ini nombor owner kedai baby tersebut. Mr. Adam: 011-1269 1119. Boleh juga Google/Waze kedai beliau, Baby Wonderland KK. Kedainya terletak di tingkat 1. Jarak kedai dari airport Kota Kinabalu dalam 11km macam tu.
Masa whatsapp, owner kedai akan tanya stat anak. Berat dan tinggi anak. Ini bertujuan untuk menyediakan car seat yang sesuai dengan stat anak. Deposit RM200 diperlukan (refundable). Sewa nya adalah RM15 sehari. Deposit RM200 akan dipulangkan semula selepas kita selesai urusan sewa car seat.
Kami dapat car seat Koopers Lambada. Disebabkan kereta sewa tiada isofix, jadinya car seat dipasang menggunakan tali pinggang keledar. Staf kedai baby tersebut akan tolong pasangkan di kereta. Jadinya jangan risau jika tak reti or tak pasti nak pasang car seat tu macam mana. Staf pun friendly je. Boleh je tanya kat staf tu jika ada apa-apa soalan.

So, ok tak car seat tu? Bagi kami ok je. Car seat nya nampak bersih. Cuma Nina agak tak selesa. Mungkin disebabkan padding car seat Koopers agak nipis berbanding car seat Joie (baca sini) yang Nina pakai harian kut. So Nina banyak merengek dalam car seat. Tapi bila Nina ngantuk, dia tidur lena je dalam car seat tu. Haha.

Jadinya, jumlah yang kami perlu bayar adalah RM105 bersamaan dengan 7 hari sewa. Mr. Adam transfer terus deposit ke kami selepas selesai urusan pemulangan car seat. Senang dan mudah je deal. So, jika ada yang berminat untuk sewa car seat di Sabah, boleh contact Mr. Adam ni ya. Ingat, SAFETY FIRST. Buckle up your kids 😉
Nur pun awalnya plan nak sewa stroller utk Mardhiyah masa bercuti nanti. Sbb stroller yg Mardhiyah ada ni bukan travel friendly punya. Tapi mujur sebelum nak g bercuti sabtu ni, tanya kak ipar dulu. Rupanya dia ada. So jimat lah hehehehe. Mana tahu ada nak ke sabah, boleh laaa rujuk sini. Tq nana
Nur @ DeCamellia recently posted…Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri
Yaaa stroller pun dah ramai org buat sewa. Skg ni mudah. Happy Holiday! Enjoy the moment 😍
Hye nana
Nur recently posted…Sedapnya Makan | Melor Kacang Pool di Medan Selera Iskandar Malaysia
tenkiu 4 the info nana…jika bercuti di Sabah nanti boleh la sewa car seat tempat yang sama.
Car seat pun nampak bersih maknanya dia jaga kebersihan car seat.
Betul. Carseat dia bersih dah selesa. Takde la rasa geli ke apa. Hihi
Setuju sangat-sangat! Safety first. Seronok je tengok Nina tidur lena dalam car seat. Kagum dengan mak ayah yang berjaya train anak duduk dalam car seat untuk perjalanan jauh.
Hawa Hassan recently posted…7 Langkah Mesti Buat Sebelum Mulakan Dekorasi Rumah Minimalis
Alhamdulillah semoga ibu abah nina terus semangat dan tabah bila nina mengamuk dalam carseat. Hehe