Senarai Yuran Taska/Tadika bagi sesi 2019/2020

Senarai Yuran Taska/Tadika 2019 2020

Ramai ibu bapa akan survey silibus dan yuran taska/tadika untuk tahun 2020 depan kan? Selain daripada faktor silibus, jarak dengan rumah, yuran tahunan dan bulanan juga merupakan salah satu faktor besar untuk ibu bapa pilih taska/tadika mana yang akan menjadi pilihan.

Bagi Nana, selain yuran, faktor persekitaran pun memainkan peranan. Kalau first impression tengok kawasan taska/tadika tu serabut, berat hati untuk pilih walaupun yurannya murah dan dekat dengan rumah. Kalau boleh, Nana akan cari persekitaran yang condusive dan tenaga pengajar yang bertauliah.

Kali ni nak share senarai yuran Taska/Tadika bagi sesi 2019/2020. Yang disenaraikan ini antara taska/tadika yang terkenal di negara kita. Kalau ada penambahan, boleh kongsikan di ruangan komen.

Yuran tadika-tadika di Malaysia 2019 (asas)*

1. Tadika Brainy Bunch

Tahunan: RM1700.00
Bulanan: RM345.00

2. Tadika The little Caliphs

Tahunan: RM1590.00
Bulanan: RM300.00

3. Tadika Smart Reader

Tahunan: RM1300.00
Bulanan: RM300.00

4. Tadika Q-Dees

Tahunan: RM1500.00
Bulanan: RM370.00

5. Tadika ABS

Tahunan: RM1180.00
Bulanan: RM260.00

6. Tadika Genius Aulad

Tahunan: RM1550.00
Bulanan: RM320.00

7. Tadika R.E.A.L Kids

Tahunan: RM2000.00
Bulanan: RM450.00

8. Tadika C.I.C

Tahunan: RM1200.00
Bulanan: RM300.00

9. Tadika Islam MAIWP

Tahunan: RM350.00
Bulanan: RM50

10. Tadika PASTI

Tahunan: RM284.00
Bulanan: RM90.00

11. Tadika KEMAS & PERPADUAN

Tahunan: RM30.00
Bulanan: RM10.00

*Yuran setiap tadika dan pusat asuhan adalah berbeza mengikut lokasi, program tambahan dan jam penjagaan anak. Yang dinyatakan di atas, rata-rata kadar untuk separuh hari. Dinasihatkan ibu bapa untuk datang sendiri ke tadika di kawasan masing-masing untuk jumlah fakta yang lebih tepat.

Boleh tahan kan yuran tadika sekarang ini. Belum masuk lagi jika ada aktiviti-aktiviti tambahan yang dianjurkan oleh pihak tadika. Akan ada penambahan wang yang ibu bapa perlu bayar. Apa-apa pun pilihan, ibu bapa lebih mengetahui yang terbaik untuk anak-anak. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua, Insyaallah.

8 thoughts on “Senarai Yuran Taska/Tadika bagi sesi 2019/2020

  1. asenya ni lama punya harga ni..sbb sy dh tanya genius aulad tu, monthly rm450..so, untuk taska lain pun mgkin ada increment..annually untuk KEMAS pn kalau Google, ad yg smpi rm100+..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!