Resepi yogurt burnt cheesecake air fryer

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer

Hari semalam birthday En. Suami (18 Januari). Happy 35th birthday dear husband. I doakan you sentiasa cemerlang dunia akhirat, sentiasa berada dalam rahmat Allah, dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. We all love you so much 😊

Memandangkan hari ni birthday En. Suami, so Nana nak share resepi burnt cheesecake ni. Burnt cheesecake air fryer ni antara yang paling senang nak buat lah. Bakar guna air fryer je. Dan yang paling penting, sedap. Haha.

Resepi asal adalah burnt cheesecake. Tapi nana modified sikit letak yogurt dan biskut oreo sebagai base cake.
Saje je lah try letak yogurt ni sebab husband suka sangat kek yogurt cheesecake yang dari Secret Recipe tu. Alang-alang dah nak buat burnt cheesecake tu, kita try sekali letak yogurt.

Surprisingly, sedap okay kek nya. Boleh buat lagi lepas ni untuk birthday anak-anak pulak. Haha.

Oh ya, resepi yang Nana nak share ni guna air fryer untuk bakarnya. Rasanya kalau nak bakar guna oven pun tak ada masalah kut. Nanti just adjust suhu dan masanya ikut kesesuaian oven masing-masing.

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer

  • Cream cheese 250 gram
  • Telur 3 biji
  • 125 ml whipping cream (Nana tak jumpa whipping cream, so Nana gantikan dengan susu full cream)
  • 2 sb tepung penaik
  • ½ cawan gula halus
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 cawan strawberry yogurt (atau apa-apa perisa yang disukai. Strawberry boleh, blackberry boleh, mango pun boleh)
  • Sedikit perahan lemon
  • Biskut oreo yang ditumbuk hancur (Nana beli dekat kedai runcit. Rasanya dekat supermarket besar dan kedai bakery pun ada jual juga)
  • Sedikit butter yang telah dicairkan

Cara-caranya:

1. Gaulkan biskut oreo hancur tu dengan butter. Kite guna butter ni untuk pastikan biskut oreo tu melekat antara satu sama lain.

2. Letak biskut oreo tadi dalam loyang. Tekan-tekan kan biskut oreo tadi sampai mampat. Boleh guna spatula atau tangan untuk tekan-tekan biskut oreo tu. Make sure pakai sarung tangan plastic kalau nak guna tangan. Supaya terjamin kebersihan kek tu.

3. Blend semua bahan (selain biskut oreo) menggunakan blender. Kalau rajin, boleh juga pakai mixer. Nak mudah, pakai je blender. Tekan-tekan blender dah siap.

4. Masukkan bahan-bahan yang telah di blend ke dalam loyang.

Seeloknya pakai loyang size kecil macam 5-6 inch. Nanti kek akan jadi lebih tinggi dan lebih cantik. Tapi Nana ada loyang 7 inch je. So pakai apa yang ada je lah. Jangan lupa letak baking paper / aluminium foil dekat loyang tu. Kalau tak nanti kek nya melekat. Nanti susah nak keluarkan dan kek akan jadi hancur.

Kalau ada loyang khas untuk cheesecake lagi bagus. Loyang cheesecake ni non stick dan boleh buka kat bahagian tepi tu. Mudah untuk keluarkan kek lepas dah siap bakar. Dan yang paling penting kek tu tak melekat dekat loyang.

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer
Ini loyang untuk kek. Non stick lock cake mould. Senang nak keluarkan kek lepas dah siap bakar

5. Bakar pada suhu 180 degree Celsius selama 20-30 minit.

Suhu dan masa ni kene try and error ye. Lain model air fryer, lain ketetapan suhu dan masanya. Jadinya, kene cuba suhu dan masa berapa lama yang sesuai.

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer
base cheesecake menggunakan biskut oreo yang dihancurkan

 

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer
lepas dah blend semua bahan, tuang atas base oreo tadi tu

 

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer
Siap bakar

Nak tahu kek dah masak ke belum, boleh cucuk lidi kat tengah-tengah kek tu. Kalau kek masih melekat dekat batang lidi tu, bermaksud kek belum masak lagi. Boleh tambahkan lagi masa pembakaran. Untuk kek jenis lain, kalau nak tahu apa punca dan kenapa kek tu tak menjadi, boleh baca kat sini.

Kalau masa lepas cucuk tu batang lidi bersih licin je, tu bermaksud kek dah masak. Bila kek dah masak, biarkan dia sejuk dulu. Kemudian baru potong.

Nak lebih cantik lagi, masa nak potong cheesecake tu nanti, gunakan pisau yang direndam dalam air panas. Nanti lawa je sisi-sisi kek yang dipotong tu.

Resepi yogurt burnt cheesecake menggunakan air fryer

So siap la yogurt burnt cheesecake kita. Mudah dan senang sangat resepinya. Sebab tu Nana boleh buat dengan Nina kek ni. Sebab mudah sangat dan tak renyah. Just assist Nina je apa yang nak kena masukkan dalam blender. Dah siap.

Cuba lah buat dengan anak-anak. Mesti anak-anak akan suka sebab dapat buat kek sama-sama. Boleh minta anak pilih perisa apa untuk yogurt yang nak digunakan nanti.

Kalau nak buat burnt cheesecake biasa tu, boleh guna resepi yang sama. Just tak perlu letak yogurt je. Base biskut oreo tu pun optional. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Boleh baca kat sini untuk resepi burnt cheesecake yang biasa.

Selamat mencuba.

Baca juga: 10 tips cara penjagaan air fryer supaya tahan lebih lama.

2 thoughts on “Resepi yogurt burnt cheesecake air fryer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!