Resepi Telur Rebus Air Asam viral sedap dan mudah

Resepi Telur Rebus Air Asam viral sedap dan mudah

Hari tu masa scroll Facebook, terjumpa satu resepi rakan di Facebook share. Bila tengok macam mudah dan sedap je reseip dia. Resepi Telur Rebus Air Asam viral di Facebook masa tu. Mudah sangat resepi dia ni. 10 – 15 min je dah siap. Kalau kalut kalut balik dari office, sambil sambil goreng ayam boleh buat lauk Telur Rebus Air Asam ni. 


Jom tengok bahan-bahan dan cara masak Resepi Telur Rebus Air Asam mudah dan sedap. 


BAHAN UTAMA :-

  • NASI PUTIH Panas-Panas (paling utama. Haha)
  • Telur rebus (Nana buat 3 biji, kerat dua) 

TUMIS DGN SEDIKIT MINYAK

  • bawang merah
  • cili padi hiris (letak banyak jika suka pedas meletop)
  • belacan sikit


CARA CARANYA:

  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis Bawang merah, belacan dan Cili padi 
  3. Dah naik bau, masukkan air asam jawa (ikut masam mana yg mahu)
  4. Masukkan air secukupnya. Tambah air jika tak suka pekat
  5. Gula / garam / perasa secukupnya
  6. Biarkan mendidih. Ikut kepekatan masing2
  7. Siram atas telur rebus
  8. Perah limau jika perlu (tak letak sebab tak ada stok di rumah)
  9. hias daun ketumbar jika perlu (yang ni pun tak letak)\

 

**KALAU NAK PEDAS SMPAI MELETOP KEPALA ,PICIT2 CILI API TU GAUL DENGAN NASI


Hasilnya, fuhhh meletop letop sedap dia. Boleh buat berebut la dengan encik suami. Hahaha. Simple sangat Resepi Telur Rebus Air Asam ni, tapi dia punya hasil memang the best. Mula-mula encik suami tak nak makan. Tapi bila dia dah rasa kuah Asam tu, terus minta nasi nak makan. Siap hirup sampai habislah kuah Asam tu. Haha. 


Nana buat tak pedas sangat sebab kami suami isteri berdua tak tahan pedas. Siapa yang suka pedas kaw kaw, boleh la letak banyak Cili padi tu. Makan lauk simple macam ni, memang confirm nasi bertambah tambah. Rosak diet. Haha. 


Boleh cuba Resepi Telur Rebus Air Asam viral ni. Nanti dah cuba, jangan lupa share ye. 


Baca: Resepi mudah dan tak pedas untuk anak-anak. 

5 thoughts on “Resepi Telur Rebus Air Asam viral sedap dan mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!