Resepi Cuppiza gabungan ala ala roti dan pizza

resepi cuppiza gabungan ala ala roti dan pizza

Resepi Cuppizza ni sesuai untuk parties, breakfast atau bekal roadtrip dalam kereta. Letak dalam bekas kecil-kecil so that senang nak pek kan dan senang nak makan. hihi. Cuppiza ni macam pizza la kiranya tapi versi dalam bekas cawan. Sebab tu nama dia cuppiza.

Resepi ni senang sangat dan sesuai untuk buat bekalan pergi pejabat. Masa yang diperlukan untuk penyediaan dan masak hanya 10-15 minit sahaja. Dah siap prepare bahan-bahan, masa tengah nak tunggu dia masak, boleh la kita bersiap mandi pakai tudung semua. Haaaa jimat sangat masa.

resepi cuppiza gabungan ala ala roti dan pizza

Jom tengok cara-cara penyediaannya.

Masa penyediaan dan pembakaran cuppiza: 10-15 minit

Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza:

Roti 3 keping
Telur 3 biji
Hotdog 2 batang (kalau nak. kalau tak nak, boleh letak potongan ayam. potong dadu kecil-kecil supaya senang masak)
Bawang holland
Mayonnaise 1 sudu besar
Salt & Pepper
Mix herbs (kalau tak nak letak pun boleh)
Capsicum

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air fryer 5 minit pada suhu 180©.
2. Potong semua bahan2 tu bentuk dadu / nipis-nipis.
3. Gaulkan dengan mayonnaise sebati dalam mangkuk. Tambah mayonnaise kalau nampak macam kering.
4. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin.
5. Lepastu sprinkle salt n pepper.
6. Taburkan mix herbs
7. Bakar selama 10 minit, pada suhu 160©.

Sementara tunggu cuppiza nak masak, boleh la kita bersiap mandi semua. Siapkan sekali anak-anak, bag sekolah dan sebagainya. Lepas 15 min, ting bunyi air fryer. Dah siap, boleh bekalkan untuk anak-anak dan diri sendiri. Mudah sangat-sangat kan.

Selamat mencuba.

Sumber: Eyqa Roslan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!