https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Macam Mana nak Buat Kalau Anak Takut dengan Orang Lain / Anak Tak Reti Salam/Hi/Bye

Macam Mana nak Buat Kalau Anak Takut dengan Orang Lain / Anak Tak Reti Salam/Hi/Bye

Siapa sini ada anak berumur setahun ke atas? Nana ada seorang anak perempuan. Sekarang dia berusia 2 tahun 8 bulan. Walaupun anak duduk berdua je dengan Nana di rumah (I am a housewife. hihi), alhamdulillah anak tak takut sangat dengan orang kecuali dengan sesetengah orang yang dia tak pernah nampak (which is bagus lah sebab dia berhati-hati).

Rata-rata yang Nana baca, mana-mana anak yang duduk dengan pengasuh persendirian atau dengan ibu atau dengan helper di rumah, kebiasaannya anak-anak ini lebih pemalu dari rakan sebaya yang lain (bukan semua, tapi ramai yang macam ni). Pernah tak berhadapan dengan situasi, anak takut dengan orang lain, anak tak reti salam/hi/bye orang lain, anak tak pandai berkongsi mainan, anak dibuli di taska atau tadika. Macam mana ibu nak atasi ye?

Masalah diatas memang normal berlaku pada anak terutamanya anak 7 tahun kebawah kerana anak masih lagi dalam fasa belajar bersosial. Skil-skil yang lain, anak boleh belajar di rumah tetapi tidak bagi skil sosial. Jom ikuti perkongsian dari seorang Occupational Therapist yang terkenal mengenai masalah ini dan jalan penyelesaiannya.

Skil sosial adalah satu-satunya skil yang memerlukan lebih pengalaman berbanding yang lain. Nak cerita checklist skil sosial anak mengikut umur agak banyak, ini checklist ringkasnya:

UMUR DAN SKIL SOSIAL

0-6 bulan:

Ketawa dan senyum.

Bila ibu atau abah agah-agah baby, kebiasaannya baby akan respond dengan ketawa atau senyum. Melainkan jika baby tersebut ada masalah kesihatan seperti masalah pendengaran dan sebagainya, maka timeline nya mungkin sedikit berbeza.

6- 12 bulan:

Ada “eye- contact”, main cak-cak, tepuk tangan, angkat tangan tanda nak minta dukung.

Untuk anak-anak baya ini, biasanya mereka akan seronok dan gembira bila melihat ibu dan abahnya. Waktu ini, anak-anak akan menunjukkan cara ingin meminta perhatian dari ibu bapa dengan menghulurkan tangannya supaya didukung. 

1-2 tahun:

Ketawa semasa bermain, cari mainan tersembunyi, meniru perbuatan, salam/”hi”, “bye” atau “nak” dengan orang lain.

Fasa ini, anak dah mula tiru perkataan seperti papa, mama, nak, bye dan sebagainya. Kebiasaannya perkataan yang mudah dan kerap disebut.

2-3 tahun:

Berminat nak tegur kawan lain, berlakon olok-olok mudah, kurang “separation anxiety” ataupun “stranger anxiety”.

Pada waktu umur sebegini, selalunya anak-anak mula suka pretend play seperti bermain masak-masak, atau bermain sebagai doktor-pesakit.

3-4 tahun:

“Jaga” anak patung, ikut giliran, bermain dengan 2-3 kawan, beritahu perasaan.

Fasa ini, anak-anak sudah mula pandai rasa bertanggungjawab. Seperti rasa bertanggungjawb untuk jaga alat permainan nya atau, rasa bertanggungjawab untuk beritahu kepada ibu bapa apa yang berlaku kepadanya.

4-5 tahun:

Main mainan yang ada peraturan mudah dengan 2-3 orang kawan.

Pada umur ini, anak-anak lebih mudah faham peraturan dan mula belajar skil bertolak ansur dengan kawan-kawan.

5-6 tahun:

Berlakon olok-olok yang lebih kompleks, bertolak ansur semasa bermain, boleh mengikut peraturan bermain.

Kebiasaannya, pada fasa umur ini, anak-anak lebih mudah untuk faham peraturan yang lebih kompleks dan lebih mudah mengikuti peraturan yang diberikan. 

Kalau mak ayah dapati anak ada masalah sosial dan tidak selari dengan guideline di atas, disarankan mak ayah jumpa doktor pakar kanak-kanak dan dapatkan khidmat nasihat dari doktor langkah penyelesaian yang terbaik. Biasanya, pihak doktor dan hospital akan melakukan penilaian awal untuk mengenal pasti tahap perkembangan semasa anak-anak.

Apa-apa pun keputusan yang diperolehi, dinasihatkan mak ayah tidak cepat putus asa dan tidak in denial dengan keputusan yang diberikan. Banyak cara dan jalan penyelesaian yang akan diberikan oleh pakar untuk membantu anak-anak kita. Insyallah mudah mudahan anak-anak akan membesar selari dengan perkembangan sosial yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

Nukilan asal: FB Maryam Jamadi

Macam Mana nak Buat Kalau Anak Takut dengan Orang Lain / Anak Tak Reti Salam/Hi/Bye

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!