
Umum mengetahui kerajaan telah mengumumkan dasar penggunaan baby car seat dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020 nanti. Tahu tak, banyak kelebihan car seat untuk bayi dan kanak-kanak berbanding jika ibu meribakan anak tanpa menggunakan car seat. Kalau baca di media sosial, dah terlalu banyak kes kemalangan yang melibatkan bayi maut terhantuk di dashboard, kanak-kanak maut terpelanting keluar dari kereta. Terasa remuk hati setiap kali membacanya. huhu. Kalau tengok gambar kat bawah ni, boleh nampak impak yang akan terjadi jika berlaku kemalangan.
Jadinya entry kali ini nak bercerita mengenai kelebihan car seat Joie 360. Nana dah pakai car seat Joie 360 dalam 2 tahun lebih, seusia dengan umur anak. Beli pada tahun 2017 dan pertama kali guna sewaktu Nina berusia 40 hari. Masa tu nak balik dari rumah mak di Temerloh ke Penang.
Faktor utama kenapa Nana beli car seat Joie 360 ni adalah car seat nya boleh dipusing-pusing kan secara 360 darjah. Masa tu dah terbayangkan, senangnya nak masuk kan Nina sebab boleh pusingkan car seat. Tak ada lah struggle sangat nak letak anak, lagi-lagi kalau kereta yang jenis tinggi. Kat bawah ni Nana sertakan kedudukan seat yang Nana pusingkan. Nampak mudah untuk letak anak kan?
Gambar kiri: Pandangan mengadap sisi
Gambar tengah: Pandangan mengadap belakang (rear facing)
Gambar kanan: Pandangan mengadap depan (forward facing)

Sebab lain kenapa pilih Joie 360 ni, sebab padding dia tebal berbanding dengan beberapa brand car seat yang lain. Bagi Nana, bila padding tebal, anak mestilah akan rasa selesa duduk di dalamnya kan? Ternyata pilihanku tepat sekali. hihi. Nina kalau masuk je dalam car seat, selalunya mesti akan tertidur. Jaranglah dia menangis sebab tak selesa melainkan bila Nina lapar dan bosan.
Tapi, ada juga kekurangannya. Car seat Joie 360 ni agak besar. Jadinya, bila letak di dalam kereta, hanya boleh muat dua car seat sahaja. Seat tengah dah tak muat nak letak apa-apa. So, agak kurang sesuai untuk kereta yang compact dan kecil.

Kelebihan (pros) car seat Joie 360
- Seat boleh dipusingkan 360 darjah
- Padding tebal dan selesa
- Mudah untuk pasang dengan menggunakan isofix
- Extended rear facing sehingga berat anak 18kg
- Mudah untuk letakkan anak di dalam car seat (rujuk point no.1)
Kekurangan (cons) car seat Joie 360
- Hanya sesuai untuk kereta yang memiliki fungsi isofix
- Car seat agak besar. Kurang sesuai untuk kereta kecil
By the way, jangan risau dengan harga car seat. Harga car seat boleh dapat dari serendah RM200 hingga lah harga beribu. Yang penting sebelum beli, pastikan car seat tersebut telah diuji dengan crash test dan mendapat sijil ECE.
Ada banyak jenis car seat di pasaran. Jenis-jenis car seat ini bergantung kepada berat dan ketinggian anak. Kalau tak pasti anak sesuai dengan car seat yang mana, jangan risau. Boleh tanya dalam group Malaysian Carseat Support Group. Dalam group ni, Child Passenger Safety Technicians (CPST) akan bantu untuk dapatkan car seat yang sesuai dengan berat anak dan budget anda.
Tak kisah apa jenis dan brand car seat yang kita gunakan. Yang penting, pastikan car seat tersebut telah diakui dan diyakini selamat untuk digunakan. Yang mana tidak menggunakan car seat, anda belum terlambat lagi untuk menggunakan car seat untuk anak-anak. Banyak group yang berkongsi tentang ilmu car seat ni. Antaranya ialah Malaysian Carseat Support Group. Jom semua. Cakna keselamatan anak-anak. Anda mampu mengubahnya.
Penafian: Perkongsian ini adalah sepenuhnya berdasarkan pengalaman penulis dan bukan sebagai seorang technical person. Untuk butiran teknikal, boleh hubungi dan layari laman sesawang Joie Malaysia.
Gud info Nana. Teruskan sharing. Nanti pape boleh rujuk blog Nana je. Hehe.
Hawa Hassan recently posted…Puas Hati Sungguh Dapat Servis Kereta Di Faieda Auto Tech !
Hihi insyaallah. Semoga bermanfaat buat semua parents
Tq Nana sudi berkongsi info best ni. Apa jenis carseat yang kita beli ak kira murah atau mahal yang paling penting sekali biarlah yang diperakui ianya selamat digunakan utk keselamatan anak2 kita.
Bestnya car seat boleh pusing2 ni..
Selama ni duk pikir apa kelebihan pusing2 ni.. Rupanya senang la skit kan nak letak anak…
Xdak la struggle Sgt kan
mek pun dalam mencari car seat untuk anak anak mek. tak sure lah depa okei ke tak dengan paksaan ni nanti. harap depa okei lah sebab ni soal keselamatan anak-anak. melibatkan nyawa.
Moga dapat dijadikan panduan untuk mereka yang mempunyai anak kecil.
wow this design is really good…need to share this with my mummy friend..thanks for sharing1
Okay jugak joie ni boleh pusing-pusing. Anak pun selesa dalam tu. Kereta memang ada isofix tapi kecik pulak. Kena survey lain lagi la jawabnya. Thanks nana share pasal ni
Always a debate regarding this issue but in safety perspective, this is a great thing to own. Great share!
tq nana sudi share. kami pun ada baby sorang ni. tahun 2020 dah jadi kemestian untuk ada car seat kan? encik abang kata belum tahu lagi nak beli atau tak huhu.
Sis sokong anak2 kecik kena pakai car seat. Anak sis masa kecik2 dulu pun mmg dudukkan dia kat car seat. Mmg tak berani bg duduk biasa. Mcm2 perkara boleh berlaku dlm sekelip mata
Mmg ibubapa tgh mencari car seat blh rekomen brand ni. Nampak kualiti dia best and terbaik
Uish. Harga not bad rm200. Kalau seribu tu mesti lg cantik kan. Demi anak3, ku gagahi
paling suka tengok dia tido lena dalam car seat tu. so maknanya carseat tu mmg selesa lah
wah nampak menarik juga carseat joie ni kan…. sebab boleh rotate lagi…. memberi keselesaan pada anak2 untuk dalam kereta dan juga senangkan parents untuk memandu…
Bab boleh pusing2 tu best.
Memudahkan kita.
Anak2 pun happy. Selesa, kan.
Sgt penting carseat ni.
Mesti amik peduli. Keselamatan diutamakan.
Oh patutlah memasing cari dan posting about car seat. Ketinggala sungguh sbb tak ada anak kan. hehe. Tq for the info utk Group malaysia Carseat Support. Boleh ibu bapa cari lebih maklmat sebelum beli kan.
Bagus juga ya yang jenis boleh pusing 360 darjah ni. Thanks for sharing.
Nad pun tengah mencari carseat..adoii la..nak kene cucuk duit..huhu..kereta tak tau pulak ada isofix ke tak..cantik carseat ni, harga pun not bad