https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Insentif Khas Buat Pasangan Pengantin yang Berdaftar di Negeri Pahang

Insentif Khas Buat Pasangan Pengantin yang Berdaftar di Negeri Pahang

Siapa sini orang Pahang? atau ada kawan-kawan, saudara-mara yang yang berasal dari Pahang? Ni nak bagi tahu sesuatu ni.

BERITA BAIK BUAT BAKAL PENGANTIN. MOH DAFTAR KAHWIN DI PAHANG!

INSENTIF KHAS RM200 BUAT PASANGAN PENGANTIN YANG BERDAFTAR DI NEGERI PAHANG.

(Salah satu Projek dan Program Khas Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun 2020)

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail berkata, insentif ini akan diberikan kepada pengantin lelaki yang berpendapat RM5,000 ke bawah bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka.

Menurutnya, bagaimanapun pemberian intensif itu tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.
“Insentif itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan dan kos keseluruhan dianggarkan adalah sebanyak RM2.8 juta,”

SYARAT KELAYAKAN

1. Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.

2. Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.

3. Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif.

4. Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))

5. Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.

6. Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).

7. Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.

8. Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.

9. Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN (IKPP) NEGERI PAHANG ANDA TIDAK LAYAK SEKIRANYA :

1. Poligami
2. Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
3. Nikah tanpa kebenaran
4. Kedua pasangan bukan asal Pahang
5. Pendapatan lelaki melebihi RM5,000.00

#KerajaanNegeriPahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo

Borang boleh di dapati di laman web :
https://emunakahat.pahang.gov.my

INSENTIF KHAS RM200 BUAT PASANGAN PENGANTIN YANG BERDAFTAR DI NEGERI PAHANG

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar, anda hanya perlu klik link laman sesawang emunakahat[dot]pahang di atas.
Di paparan utama, klik tab INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN.

Muat turun borang yang disediakan.
Isi semua butiran yang diperlukan dan sediakan dokumen seperti yang dinyatakan di dalam borang.
Hantar permohonan anda ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

Mudah je kan caranya. Kepada anak-anak Pahang, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ini adalah projek dan program khas yang disediakan untuk semua anak-anak Pahang bagi tahun 2020.

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang lain ya.

Sumber: Facebook page Kerajaan Negeri Pahang

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

error: Content is protected !!