Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze: Tip elak terlupa anak dalam kereta

Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze

Sebelum ni Nana ada share tips untuk elak ibu ayah terlupa anak dalam kereta (baca di sini). Dalam tips tu antaranya adalah menggunakan aplikasi navigasi Waze sebagai alat peringatan (reminder) untuk check anak dah hantar ke rumah pengasuh atau sekolah ke belum sejurus tiba ke destinasi yang dituju (contoh seperti anda ke pejabat).

So kali ni, nak share cara dan langkah-langkah bagaimana nak set CHILD REMINDER dalam aplikasi Waze ni. Senang sangat. Dengan 4 langkah yang mudah, anda dah siap set Child Reminder dalam aplikasi Waze anda.

Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze:

Langkah 1: Buka aplikasi Waze. Klik di bahagian “Setting” (lihat gambar di bawah).

Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze tip elak terlupa anak dalam kereta

 

Langkah 2: Scroll ke bawah dan cari aturan “Reminders” di bawah pilihan Notifications (lihat gambar di bawah).

Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze tip elak terlupa anak dalam kereta

 

Langkah 3: Di dalam aturan Reminders, pilih “Child Reminder” (lihat gambar di bawah).

Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze tip elak terlupa anak dalam kereta

 

Langkah 4: Klik “Allow reminders”. Tanda tick dan butang hijau akan keluar selepas anda tekan Allow reminders tersebut (lihat gambar di bawah).

Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze tip elak terlupa anak dalam kereta

Nota sampingan: Anda boleh rangka sendiri ayat apa yang anda nak di bahagian custom message tu. Contoh: “Dah hantar Nina ke playschool?”

ikut lah nak tulis ayat apa, asalkan sampai maksudnya. hihi.

Ok, dah siap. Waze akan bagi reminder sebaik sahaja anda tiba ke destinasi yang anda tetapkan. Jika perkara tak diingini berlaku (anda terlupa hantar anak ke rumaah pengasuh atau sekolah), anda akan tersedar selepas baca reminder tersebut.

Ini adalah salah satu cara dan tips untuk ibu ayah elak dari terlupa anak berada di dalam kereta. Terlalu banyak kes yang berlaku di mana ibu ayah terlupa untuk hantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh, dan anak tersebut meninggal dunia di dalam kereta akibat kereta terlalu panas dan anak dehydrated dan terkena heat stroke.

Banyak kes yang terjadi disebabkan rutin harian berubah pada hari kejadian malang tersebut. Misalnya, kebiasaan si ibu yang akan menghantar anak ke rumah pengasuh tetapi pada hari kejadian, si ayah yang perlu menghantar anak ke rumah pengasuh. Hari-hari biasanya si ayah akan terus ke pejabat, jadinya pada hari kejadian itu unconscious mind ayah (pemikiran bawah sedar) akan mengarahkan si ayah terus drive ke pejabat. Lalu lupa si anak yang turut berada di dalam kereta. Sedih, sebab bukan itu yang diminta oleh si ayah untuk terjadi.

Banyakkan berdoa. Moga Allah hindarkan kita semua dari sifat alpa dan lupa. Semoga semua anak-anak kita sentiasa dijaga dan terjaga, insyaallah.

3 thoughts on “Cara untuk set CHILD REMINDER dalam aplikasi navigasi Waze: Tip elak terlupa anak dalam kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!