Cara buat Tiktok Tortilla Wrap Hack

tiktok tortilla wrap resepi

Baru-baru ni viral kat media social cara mudah untuk buat tortilla wrap. Kalau tak silap, video asal nya dari tiktok. Kemudian, ramai la influencer review video tortilla wrap hack tu dan masing-masing cuba sendiri. Then viral pula di Instagram. Di facebook pun ada juga.

Cara-cara dia memang mudah sangat. Yang penting ada, roti tortilla tu. Nana beli yang brand Gardenia punya. Sedap dan murah pula tu. Brand lain pun ada juga. Boleh cari kat supermarket atau kedai runcit.

Untuk bahan-bahan dalam tortilla wrap tu, tak kisah nak letak apa. Ikut selera masing-masing. Sos dia pun boleh letak macam-macam.

Mula-mula, potong sikit (suku) roti tortilla tu. Boleh refer gambar kat bawah. Lepas dah potong, kita bahagikan kepada empat bahagian. Kiranya, ada empat bahagian untuk kita isi bahan-bahan yang kita nak.

tiktok tortilla wrap resepi

Untuk isi dalam tortilla wrap tu, Nana guna isi ayam. Isi ayam tu, Nana salut kan dengan telur dan tepung goreng adabi. Then Nana gorengkan. Nana guna air fryer je nak goreng isi ayam tu. Suhu 160 – 170 degree Celsius. Masa dalam 5 – 10 minit macam tu atau kurang. Jangan lama sangat. Nanti isi ayam tu akan jadi kering dan tak juicy.

Untuk sayur pulak, Nana pakai sayur salad dan tomato. Last time Nana pakai timun ja. Kebetulan sayur lain semua habis. Ada timun ja masa tu. Nak pakai carrot pun boleh. Ikut masing-masing nak letak apa. Kalau tak nak letak sayur pun boleh. Haha. Macam omputeh buat, depa letak avocado. So tak kisah nak letak apa-apa pun boleh.

Ok sekarang tuk sos dressing pulak. Nana letak mayonnaise je. Yang kali ni buat, boleh pulak lupa nak letak sos thousand island. Padahal beli semata-mata nak buat tortilla wrap ni. Kalau nak pedas, boleh la letak sos cili ke, sos mustard ke. Nak letak sos tomato pun boleh. Ikut citarasa masing-masing kay.

Dan terakhir, letak cheese. Lagi banyak cheese, lagi padu. Haha. Nana pakai grated cheese brand Beqa. Letak setimbun macam tu. Nak pakai mozzarella cheese pun boleh. Kalau tak da, boleh juga pakai cheese sekeping macam yang famous Chesdale tu. Koyakkan kecil kecil cheese keping tu.

tiktok tortilla wrap resepi
Side 1: Cheese
tiktok tortilla wrap resepi
Side 2: Salad
tiktok tortilla wrap resepi
Side 3: Tomato
tiktok tortilla wrap resepi
Side 4: Isi ayam dan dressing

Dah setel semua empat bahagian, lipat satu-satu bahagian. Sampai la akhir nya jadi bentuk tiga segi. Tekan tekan sikit bagi mampat. Boleh refer gambar kat bawah.

Lepas tu, grill atas pan selama 2-3 minit. Nana pakai air fryer je. Sebab malas? Haha. Guna suhu 160-degree Celsius selama 5 minit. Yang dalam gambar ni, terlebih suhu. Roti jadi agak kering sikit. So kene pandai adjust masa berapa lama nak guna untuk air fryer.

tiktok tortilla wrap resepi
Lipat side by side
tiktok tortilla wrap resepi
Lipat semua bahagian sampai jadi tiga segi macam ni
tiktok tortilla wrap resepi
grill atas pan atau masukkan dalam air fryer

tiktok tortilla wrap resepi

Maka siap lah tortilla wrap viral. Cepat dan mudah je nak buatnya. Nak buat dengan anak-anak pun boleh. Lagi lah diaorang suka sebab dapat sediakan breakfast sama-sama.

Selamat mencuba!

Baca: 10 Tips untuk pengguna air fryer
Baca juga: Resepi Yogurt Burnt Cheesecake

1 thought on “Cara buat Tiktok Tortilla Wrap Hack

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!