
Penafian: Perkongsian ini adalah sepenuhnya berdasarkan pengalaman penulis dan bukan sebagai technical person. Untuk butiran teknikal, boleh hubungi dan layari laman sesawang Mi smartwatch.
Smartwatch pertama yang Nana beli adalah Smartwatch Xiaomi Mi Band 4. Beli pada akhir bulan Julai 2019. Kalau tak silap, Xiomi Mi Band 4 ni dilancarkan di Malaysia tengah bulan Julai 2019. Mula-mula ingat nak beli Mi Band 3. Sekali tengok kat Lelong, authorised seller Xiomi ni dah bawa masuk Mi Band 4. Kita pun pilih je lah yang Mi Band 4 ni.
Beli dengan harga RM160 kalau tak silap. Dapat free screen protector, free additional wrist strap (boleh pilih warna apa nak. Nana pilih warna pink, and I regret it so much. haha).




Mula-mula kene download apps Mi Fit ni. Kalau tak pasti nak buat macam mana, jangan risau. Dalam manual ada ditunjukkan satu persatu. Lepas dah download, run apps tu. Nanti dia ada bagi arahan untuk pair kan smartwatch ni dengan handphone kita. Haa jangan lupa ON bluetooth.
Dan siap pairing, apa lagi. Godek-godek la tengok function dia hihi. Mi Band 4 ni ada basic function untuk smartwatch la. Macam heartbeat, cycling, running, walking dan banyak lagi lah. Oh ya, Mi Band 4 ni waterproof ye. So nak bawak pergi mandi pun ok.
As for me, pakai Mi Band 4 ni selesa. Sebab dia kecil ja. Nak pakai masa tidur pun rasa selesa je tangan tu. Tak ada lah rasa terganggu ke apa. BTW, kalau pakai waktu tidur, boleh check berapa lama tidur berkualiti (deep sleep) kita. Nice kan.
Kelemahan Mi Band 4 ni, satu je la untuk Nana. Dia tak ada GPS build in. Maksudnya, untuk dapatkan rekod exercise kita di handphone, handphone kita mesti ada GPS yang berfungsi.
Masa Nana beli Mi Band 4 ni, GPS handphone rosak. Dia tak boleh detect. Jadinya, billa pergi jogging tu, data yang direkodkan oleh smartwatch Mi Band 4 ni tak tepat pun. So rasa macam tak best la. Either kene tukar handphone baru yang GPS ok, atau pun tukar smartwatch yang ada GPS build in. So, pilihan Nana? tukar smartwatch baru. haha.
Nanti Nana akan review next smartwatch yang Nana beli.
Yang tak bestnya kena tanggalkan kalau nak cas. Macam Honor Band kebanyakannya just letak pada charging port dia je.
Tapi brand Xiaomi memang bagi harga yang sangat berbaloi kepada pengguna.
Amir Azman recently posted…Beli Tiket Bas Online Dari Eticketing
Yeeee betul. Kene tanggal kan. Jadi leceh pulak bila nak kene pasang semula ke rubber Band dia tu. On the good side nya, harga memang berbaloi
Yaaa betul. Leceh pulak bila kene pasangkan semula kat rubber band dia tu. Tapi memang setuju. Harga dia berbaloi compare ngan kekurangan dia.
Batery dia tahan berapa lama sis? pastu harga berapa ni?
Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover Tajul
Masa beli haritu rm160. Maybe skg dah turun sikit kut. Bateri bole tanan 2-4 hari kalau tak ada buat aktiviti selalu