
Berita baik untuk semua pasangan yang sedang TTC (trying to conceive). Buat mereka yang masih berusaha untuk mendapat zuriat, individu yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran (withdrawal) dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) bermula dari 1hb September 2020 ini untuk pembayaran kos rawatan kesuburan.
Ramai sedia maklum bahawa kos rawatan kesuburan agak mahal terutama di klinik dan hospital swasta. Maka dengan itu, kerajaan memberi peluang alternatif untuk membantu pasangan yang ingin mencuba rawatan kesuburan ini. Antara rawatan kesuburan yang terlibat dalam program ini adalah Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI).
Syarat individu yang layak adalah mereka yang:
1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
2. Berumur 55 tahun ke bawah
3. Mempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2
4. Pasangan (Suami/Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang
Syarat tambahan:
1. Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
2. Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
3. Tidak mendapat rawatan alternatif
4. Rawatan Kesuburan dibenarkan:
•Intrauterine insemination (IUI)
•In-Vitro Fertilisation (IVF)
•Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
Untuk syarat-syarat dan butiran lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang KWSP atau klik pautan di bawah.
https://www.kwsp.gov.my/member/withdrawals/partial/health#Fertility_Treatment
Jika anda menghadapi sebarang masalah, anda juga boleh hubungi secara terus pihak KWSP dengan cara klik pautan HUBUNGI KAMI / REACH US atau klik ikon “ASK ELYA” (chatbot KWSP) di laman sesawang rasmi KWSP untuk sesi soal jawab.
Ini merupakan langkah kerajaan untuk membantu pasangan-pasangan yang mempunyai halangan dari segi kewangan untuk membayar kos rawatan kesuburan. Moga dengan cara ini, lebih ramai pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dapat sama-sama menjalani rawatan kesuburan.
Nice sharing nana!
Hawa Hassan recently posted…Mudahnya Masak Nasi Goreng Ikan Rebus Terengganu