Anak Kuat Mengamuk Sampai Penat Nak Pujuk? Ikuti 5 Teknik Yang Betul Untuk Redakan Marah

Adakah anak anda seorang yang sangat teratur? Bilamana setiap kali bermain, dia akan menyusun alat permainanya dengan rapi dan bila ada rakan yang melanggar dia akan berasa marah sangat sampai berguling. Adakah anda risau melihat sikap panas barannya itu? Bagaimanakah cara terbaik untuk mengajar anak supaya mengawal rasa marah?

Berdasarkan tingkah laku anak anda, maka dia perlu didedahkan pada Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills). Ikuti artikel ini untuk teknik kawalan emosi dan amarah.

  1. Bezakan antara emosi dan tingkah laku

Kemarahan adalah sesuatu yang normal untuk menunjukkan perkembangan emosi seorang yang sihat. Walaubagaimanapun, di peringkat kanak-kanak, mereka masih lagi di tahap yang mana mereka keliru untuk memhami perbezaan antara emosi marah dan perbuatan agresif. Perasaan itu perlu, tetapi tidak peru dizahirkan dengan perbuatan yang mengancam sekeliling.

Salah satu cara yang terbaik untuk mengajar anak-anak untuk melabelkan emosi mereka, dengan demikian, mereka boleh meberiatahu jenis-jenis emosi yang berkaitan dengan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.

Ibu boleh atau guru boleh memberitahu anak-anak, “Tidak mengapa untuk berasa marah, tetapi bukan memukul.” bantu si kecil untuk mereka mampu melihat perbezaan antara keduanya dan seterusnya membantu mereka untuk mengawal kemarahan terlahir.

Kadangkala, tingkah laku agresif boleh hadir melalui perasaan yang tidak selesa, bukan sahaja kemarahan, malah boleh jadi emmosi yang berbentuk kesediahan, malu dan sebagainya. Adalah perlu untuk bercakap dengan anak tentang emosi dan perasaan, seterusnya ia membuatkan mereka mampu untuk membezakan jenis-jenis emosi yang ada.

  1. Menunjuk cara kemahiran pengurusan kemarahan

Ambil nafas dalam-dalam. Ingatkan diri sendiri bahawa untuk menenangkan anak bukan sesuatu yang terdesak. Jauhkan diri anak dengan barang-barang yang boleh mencederakan mereka sendiri serta orang lain. Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang. Ini adalah konsep asas Kemahiran Pengurusan Kemarahan (Anger Management Skills) untuk menunjukkan model terbaik untuk mengawal kemarahan.

Jika ibu bapa pun melempiaskan kemarahan dengan perbuatan seperti mengamuk memukul, ingatlah si anak akan sentiasa melihat tingkah laku kita sebagai contoh di sekeliling. Ia hanya sekadar ibarat ketam megajar anaknya berjalan lurus.

Ibu bapa juga perlu ingat bahawa sesetengah anak akan mengamuk untuk meredakan kemarahan. Otak mereka sedang bekembang dan masih belum ada atau neural pathways yang kukuh uttuk mengajar mereka mengawal diri sendiri. Sedngkan, orang dewasa pun masih belum mampu selia kemarahan mereka sendiri.

3. Mewujudkan peraturan ketika marah

Antara cara terbaik untuk mengembangkan neural pathways ialah dengan menawarkan empati. Maksudnya, kita membenarkan anak marah untuk melepaskan segala kekusutan, kemarahan, kesakitan dan emosi yang lain. Ia akan membina rasa percaya antara ibu bapa dan anak. Kemudian,jangan biarkan mereka keseorangan selepas marah, pergi kepada mereka dan mulakan perbualan ringkas seperti bertanya punca kemarahan, akibat kemarahan, cara penyelesaian terbaik dengan perbincangan bersama.

Ibu bapa juga perlu meletakkan had jika perlu untuk memastikan semua orang selamat. Sambil mengakui kemarahan adalah sesuatu yang normal tetapi dalam pada masa yang sama kita perlu hadirkan rasa penyayang kepada anak. Had itu hanya pada perbuatan, bukannya emosi. Mengatasi emosi yang negatif adalah lebih baik untuk membantu perkembangan emosi anak-anak yang sihat.

Jika si kecil memukul ibu bapa, anda boleh bertolenrasi dan kekal mejadi penyayang seketika. Sebenarnya, kanak-kanak tidak mempunya niat untuk menyakitkan hati orang lain. Itu adalah benda yang menakutkan dan membuatkan mereka akan rasa bersalah.

  1. Mengajar cara mengatasi kemarahan yang sihat

Selain berbincang tentang kemarahan mereka selepas reda, ibu bapa boleh mecuba mencari bahan-bahan permainan lain yang membuatkan mereka boleh memudarkan perasaan marah. Contohnya, aktiviti mewarna dengan krayon, music yang menyenangkan, terapi bauan yang menyegarkan supaya mereka boleh menjadi lebih tenang.

Guna time-out atau mengasingkan mereka sebagai langkah pantas untuk beri mereka bertenang. Jauhkan mereka dari situasi yang membuatkan mereka semakin marah. Walaubagaimanapun,ketika time-out, ia bukanlah bermaksud membiarkan mereka diasingkan diri keseorangan, bahkan ibu bapa perlu melihat mereka ditakuti mereka akan mencederekan diri sendiri.

  1. Memberikan penghargaan jika perlu

Ini adalah pengurusan tingkahlaku yang biasa iaitu dengan cara memberikan pengukuhan positif jika mereka membuat sesuatu yang baik. Contohnya, berikan pujian, pellukan dan ciuman kepada si kecil jka mereka mampu meredakan kemarahan. Jika mereka melanggar peraturan, kita boleh memberikan pengukuhan negative iaitu dengan mengambil sesuatu daripada mereka. Contohnya, tidak membenarkan menonton televisyen jika mereka masih marah.

Ketika mereka sedang marah, ia bukanlah masa yang baik untuk menerangkan kenapa mereka tidak boleh dapat apa yang mereka mahu. Selepas kemarahan reda, barulah masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu.

Yang penting, ibu bapa kene banyak bersabar ketika berhadapan dengan emosi anak-anak. Semoga kita semua dapat menjadi role model yang baik untuk anak-anak.

Semoga bermanfaat.

Sharing is caring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!