8 Langkah Peringatan untuk Ibu Ayah Elak Terlupa Anak dalam Kereta

9 tip elak terlupa anak dalam kereta

8 Tip Elak Terlupa Anak dalam Kereta.

Banyak kes berlaku di mana ibu ayah tertinggal atau terlupa anak di dalam kereta, sama ada anak berada di kerusi biasa mahupun di kerusi kanak-kanak [child restraint system (crs)]. Ada juga pihak yang menyalahkan penggunaan child carseat sebagai punca perkara malang ini berlaku.

Kenapa harus salahkan child carseat? Child carseat berfungsi untuk memberi keselamatan kepada kanak-kanak dan mengurangkan impak kecederaan jika berlaku kemalangan yang tak diingini. Contoh lah, kalau anak diletakkan di kerusi biasa tanpa meletakkannya di dalam child carseat, dan semasa di dalam perjalanan ada kereta lain langgar dari arah belakang, impak dari perlanggaran tersebut akan menyebabkan anak tersebut tercampak ke hadapan. Lagi menakutkan jika anak terhantuk pada dashboard dan tercampak ke windshield. Kecederaan serius boleh berlaku, nauzubillahiminzalik.

Sama juga jika ibu ayah berhenti mengejut (emergency brake). Tak mustahil anak itu boleh tercampak ke hadapan dan perkara-perkara tak diingini boleh berlaku. Nana menyokong penuh penggunaan child carseat untuk kanak-kanak demi keselamatan mereka.

Macam kami suami isteri, kami memang letak Nina di kerusi belakang walaupun jika Nana drive berdua je dengan Nina. Jadinya, tak mustahil untuk lupa Nina ada dalam kereta boleh berlaku (nauzubillahiminzalik). Nana kongsikan 8 tips elak terlupa anak dalam kereta.

1. Letak barang anda seperti handbag, beg laptop, kunci pejabat, tag kerja di kerusi bahagian belakang berdekatan dengan seat anak.
2. Letak barang anak di kerusi depan sebelah pemandu seperti beg taska, beg susu dan mainan anak. Konsepnya sama seperti tip pertama. Ia sebagai peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
3. Letak patung permainan (contoh seperti teddy bear) di kerusi kanak-kanak. Bila nak letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan teddy bear tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Boleh pilih teddy bear yang besar dan berwarna terang. Teddy bear itu sebagai peringatan bahawa anak anda ada di belakang.
4. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kereta (termasuk tempat duduk belakang dan tempat duduk penumpang) sebelum mengunci kenderaan anda. Jadikan rutin dan amalan harian.
5. Letak tag/label pada cermin pandang belakang (center mirror) atau pada pemegang pintu sebelah pemandu seperti ayat “Look before you lock” atau “Di mana anak anda”. Tag ni boleh dibeli secara online atau boleh dibuat sendiri dengan menggunakan barangan di rumah (DIY)

9 tip elak terlupa anak dalam kereta
Label digantung di cermin pandang belakang

6. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contoh aplikasi yang boleh digunakan: Kars4kids Safety app atau ChildMinder SoftClip.

Nota sampingan: harga aplikasi ini tidak murah dan aplikasinya memerlukan kereta yang mempunyai fungsi Bluetooth. Bukan semua kereta boleh menggunakan aplikasi ini. Semak spec kenderaan anda jika anda ingin membeli aplikasi tersebut.

9 tip elak terlupa anak dalam kereta

7. Pesan kepada pihak pengasuh atau sekolah agar menelefon anda jika anak anda tidak datang ke rumah asuhan atau sekolah pada masa yang sepatutnya. Jika anda bertukar rutin menghantar anak dengan pasangan anda, pesan dan tanya kepada pasangan anda untuk check anak berada di mana.
8. Kalau yang biasa pakai aplikasi navigasi Waze (sebab nak elak traffic jam), anda boleh pilih untuk hidupkan aturan CHILD REMINDER (Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi. (boleh baca di sini step by step untuk set aplikasi tersebut)

Kita manusia tidak sempurna, sentiasa lupa dan alpa. Jadinya tak mustahil pun perkara-perkara malang sebegini boleh berlaku. So, as a parent tugas kita untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin dan dalam masa yang sama sentiasa beringat perihal keadaan anak. Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara buruk dan selamat di mana jua kita berada, insyaallah.

Terima kasih kepada ahli Medical Mythbusters Malaysia, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan kerana sudi berkongsi tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya.

1 thought on “8 Langkah Peringatan untuk Ibu Ayah Elak Terlupa Anak dalam Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!