7 Punca Sebenar Kenapa Bayi Selalu Muntah Selepas Menyusu

7 Punca Sebenar Kenapa Bayi Selalu Muntah Selepas Menyusu

Pernah tak ibu-ibu semua alami. Baru je susukan baby, dah muntah balik. Kadang-kadang tu baby asyik duk menangis je. Serba serbi tak kene. Merengek, menangis. Tak lama lepas itu, muntah pula.

Tak tenang hati ibu jadinya. Kenapa selalu jadi macam ni. Baby tak sihat ke? Perut baby masuk angin ke?

Pada awal minggu kelahiran, bayi akan melalui proses penyesuaian badan semasa proses penyusuan. Tabiat penyusuan juga memberi faktor besar kepada keadaan badan dan perut bayi.

Dengan mengetahui punca dan penyebab bayi muntah, ini akan dapat membantu ibu lebih bersedia untuk mengatasi masalah bayi muntah ini lebih baik dan tenang.

7 PUNCA SEBENAR BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSU

7 Punca Sebenar Kenapa Bayi Selalu Muntah Selepas Menyusu

#1 Perut bayi baru menyesuaikan diri dengan sistem penghadaman

Bayi yang baru lahir telah tinggal di dalam rahim ibu dengan selesa selama 9 bulan. Perut kecilnya perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru iaitu luar dari perut si ibu. Salah satu sebab bayi anda muntah boleh jadi disebabkan mereka masih baru menyesuaikan diri dengan sistem penghadaman yang baru.

Setiap bayi mungkin berbeza, ada bayi baru lahir dapat mengendalikan perubahan ini dengan baik. Yang penting ibu kene tenang jika bayi anda muntah.

#2 Bayi minum susu terlalu cepat / Aliran susu terlalu laju

Kadangkala, aliran susu badan terlalu laju sama ada semasa let down reflex atau kerana susu terlalu penuh juga menjadi punca kepada bayi mudah muntah selepas menyusu. Ini akan menyebabkan ruang udara yang besar ditelan bersama susu. Situasi ini juga akan menyebabkan bayi mengalami sedu (hiccup).

Untuk mengatasinya, perahkan susu sedikit sebelum menyusu bayi. Selain itu, pastikan ibu mengikut jadual dan jangan biarkan susu terlalu penuh sehingga payudara terasa berat dan bengkak.

Bagi bayi yang menyusu menggunakan botol susu, periksa saiz puting sebelum membeli dan pastikan ia sesuai dengan umur bayi. Gantikan puting selepas 3 bulan sekiranya perlu. Sterilkan alatan penyusuan dengan cara yang betul.

#3 Sendawa adalah sangat penting

Bayi anda mungkin akan muntah kerana belum sendawa selepas menyusu. Teknik yang betul boleh digunakan untuk membantu mengeluarkan ketulan udara tersebut. Ini juga akan membantu untuk mengekalkan susu didalam perut bayi anda. Ibu bapa / pengasuh harus sentiasa memastikan bayi disendawakan setiap kali selepas menyusu. Apabila tindakan ini menjadi kebiasaan, kemungkinan muntah selepas makan dapat dikurangkan.

Antara teknik yang boleh bantu bayi sendawa dengan betul adalah dengan mengusap secara lembut di belakang badan bayi dari pinggang ke bawah leher. Usap secara berterusan sehingga bayi sendawa.

#4 Minum terlalu banyak

Menyusu terlalu banyak dapat membuat perut bayi terlalu penuh, sehingga menjadi punca bayi selalu muntah selepas menyusu. Biasakan dengan memberi bayi menyusu sedikit demi sedikit, namun lebih kerap.

Untuk bayi yang menyusu melalui botol, ibu boleh kurangkan kuantiti susu setiap penyusuan, dan kerapkan penyusuan kepada bayi.

#5 Jangkitan lain

Sekiranya bayi anda mengalami demam atau sakit lain, muntah mungkin salah satu cara badan bayi anda membantah dan cuba mengawal dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, jika muntah terus berterusan, ibu harus segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang terdekat.

#6 Batuk & berkahak

Demam, batuk, atau kahak yang banyak akan menyebabkan tekak bayi tidak selesa hingga menjadi punca bayi selalu muntah.
Lazimnya muntah ini mengandungi lendir atau kahak tersebut. Dapatkan pemeriksaan doktor jika batuk dan kahak berterusan sehingga mengganggu penyusuan bayi.

#7 Alahan

Kadang-kadang, ada sesetengah permakanan ibu akan mempengaruhi susu ibu. Secara tak langsung memberi kesan kepada bayi yang menyusu badan. Cuba kenalpasti makanan yang dimakan oleh ibu sehingga menyebabkan bayi mendapat alahan perut dan memuntahkan semula susu yang diminum. Antara makanan yang biasa menjadi punca alahan bayi adalah susu lembu dan kafein.

Jadi lepas ini, ibu-ibu tak perlu risau jika bayi kerap muntah. Kenal pasti punca kenapa bayi muntah. Bila dah kenal pasti, lebih mudah untuk ibu tanganinya.

TETAPI sekiranya ada tanda-tanda lain selain muntah seperti demam panas, muntah berpanjangan atau efek-efek lain yang membimbangkan, SILA RUJUK NASIHAT DOKTOR untuk rawatan yang betul.

All the best untuk semua ibu hebat di luar sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!